New Born

May 30th, 2010 pakwan No comments

Akan muncul dengan post2 baru…Bulan 7 nanti.InsyaAllah

Categories: Daily Tags:

SeLaMaT HaRi RaYa

September 20th, 2009 pakwan No comments

Categories: Daily Tags:

Ahlan Ya Ramadhan

August 22nd, 2009 pakwan No comments

Selamat menyambuat ramdhan dengan penuh pengharapan,pengampuan.Jangan abaikan sahur,walaupon nampak remeh,tapi ada keberkatan didalamnya….walaupon hanya seteguk air…Ahlan Ya Ramadhan…….

Categories: Daily Tags:

tutor for top attacker

August 15th, 2009 pakwan No comments

Sini aku nak kongsi kepada sapa2 yang ziarah blog aku tutorial untuk menjadi top attacker dalam travian atau paling kurangnya untuk resource korang yang tak akan putus2.Tak ada apa2 syarat.Cumanya aku buat syarat la bg mendapat kepuasan untuk gunakan tutorial ni.Sebelum tu aku aku bgtau.benda ni namanya tools.tools ni adalah cara kita nak cari orang inactive.jd senang sikit nk attack dan hasilnya 98% comfirm dapat.bukan cheating jangan risau akaun anda x akan di delete.player pro bnyak guna kaedah ni.mgkin ada lg kaedah lain…cuma kaedah ni ja aku dapat.tu pon kawan aku ajar.Credit to Syed Mahadi.Malas nk tulis banyak2 so aku bg kaedah terus…lihat gambarajah kalau xfaham:

1.Buka link nie…

2.key in data2 yang sepatutnya.searching radius:berapa petak dari kampung kita.letakkan la 0-50 atau 0-75.activity:brapa lama owner yang kita nak attack tu x online.lazimnya aku letak 7 days

3.dia akan keluar satu senarai user2 yg kita cari tu.kemudian right click atas nama user tu buka new tab…buka banyak2 untuk memudahkan korang

4.buka new tab td.dekat situ dia akan bagitau nama dan kordinat user tu….so mcm biasa…key in la kat dlm korang nya map.pastu hantar la utk farm…kalau boleh kena ada 300++  troops untuk farm.baru ada hasil.letakkan 10 askar setiap user…nak lg banyak hasil letak lg banyak askar.thats why aku syaratkan byk askar.

5.lihat hasilnya nanti.kalau korang ada ally…masuk kat bahagian persekutuan bahagian serangan.nama korang saja la nanti akan penuh…hik hik hik.selamat mencoba…

p/s:buat tiap2 hari baru dapat kesan yang drastik.silap hari bulan nama korang terpahat sebagai top attacker.dapat satu pangkat…hik hik hik.penyerang terbaik minggu ini…yihaaaa

Categories: Daily Tags: ,

Game-Online

August 2nd, 2009 pakwan 2 comments

Sekarang ni dah jadi fenomena main game kat internet.termasok la aku sekali yang telah terkesan dengan game-game online.Bermula dengan Jin Online,My Brute dan yang terbaru game yang aku main adalag Travian.Dulu masa dapat pop-up game ni aku tgk game ni macam x best ja…so aku xmain la…sekali bila dok masok dalam Forum Fewett …maka aku terkesan dengan game Travian ni….tiap2 hari asyik membincangkan game ni..strategi dia…dan berkongsi pengalaman dengan orang yang dah otai main travian.

Untuk daftar Travian Sila klik sini

Categories: Daily Tags: , , ,

Kaki dalam Kasut

July 26th, 2009 pakwan 3 comments

Selepas membaca akhbar tempatan aku tertarik dengan satu isu yang ditimbulkan oleh Tun Dr Mahathir.Kaki dalam kasut.walau bagaimanapon artikel dalam akhbar tempatan tidak menulis secara terperinci tentang lebih kurang 19 point di dalamnya…Lalu aku mengambil keputusan untuk pergi ke laman blog  Tun Dr Mahathir Mohamad aku dapati sebanyak 579 komen bg isu tersebut.Terdapat banyak kontra dan pro dalam komen tersebut,namun yang sangat menarik perhatian aku adalah komen dari id :Abg Aji.

.Terlalu banyak sangat komen,so aku tak sempat baca kesemuanya.Cuma komen ini satu ja yang menarik minat aku.Maka di sini aku lampirkan komen Abg Aji ter sebut:

Y.Bhg Tun,

Sesungguhnya amat benarlah apa yang dikatakan oleh Tun. Kita kena ada orang bukan melayu yang sanggup berada dalam keadaan orang Melayu untuk selami perasaan orang Melayu. Ambil sahaja contoh di Singapura. Tanah Milik Melayu yang terkenal dengan peristiwa dilanggar todak akhirnya hilang segala-galanya. Semua soal hidup selain dari yang telah ditetapkan oleh hukum terpaksa mengikut acuan pemerintah yang asalnya dari kaum pendatang. Akhirnya orang Melayu dilayan sedemikian rupa sehingga apabila mati pun terpaksa didirikan di dalam lift kerana lift yang sempit. Di Singapura, orang melayu ramai yang tingal di Flat-flat. Apabila meninggal dunia, jenazah mereka akan dimandikan di atas daun pintu bilik air di dapur dan kemudiannya di kafan dan dimasukkan di dalam beg kanvas. Disembahyangkan di ruang tamu ( oleh bilal yang memandikan dan mengafankan bersama keluarga jika ada) kemudian diusung ke lift dan didirikan atau paling kurang diserongkan kerana lift yang sempit dan di bawa ke kubur. Adakah pernah mana-mana pemimpin yang asalnya dari kaum pendatang mengambil kira adab melayu Islam menguruskan jenazah. Oleh kerana mengurus jenazah bersifat fardhu Kifayah, maka buat yang wajib yang sunat tak payah. Tanah Singapura asalnya milik kaum apa??

Tun telah memberikan butir-butir pemilikan harta. Mungkin juga saham-saham Amanah yang dikhaskan untuk bumiputera pun ada yang dimiliki oleh orang bukan melayu yang menggunakan kad pengenalan orang melayu dengan sedikit bayaran saguhati setiap kali mendapat dividen dan bonus.

Kekayaan negara seharusnya dibahagi secara adil. Yang ramai akan mendapat lebih walaupun hakikatnya setiap orang akan mendapat sedikit akibat bilangan yang ramai. Orang bukan melayu tidak perlu khuatir. Sebesar manapun peruntukan diberikan kepada orang Melayu, sebesar mana pun projek diberikan pada orang melayu maka ianya pasti mengalir kepada orang bukan melayu. Hatta jika seratus kontraktor melayu diberi kontrak membina 100 buah masjid yang berharga RM200 juta setiap satu, maka sudah pasti tidak kurang dari 40% dari jumlah tersebut akan mengalir kepada pembekal bahan binaan dan perkhidmatan yang dipunyai oleh bukan melayu. Hakikatnya jika orang melayu diberi RM200 juta untuk mencetak Al Quran sekali pun, maka sudah pasti pembekal kertas dan dakwat, pembekal mesin dan alatganti yang terdiri dari bukan melayu mendapat faedah. Bagaimana pula jika 100 kontraktor bukan melayu diberi kontrak membina 100 tokong dan kuil berharga RM1 juta setiap satu, maka berapa peratuskah yang akan mengalir kepada orang Melayu?

Inilah hakikatnya.

Blog Widget by LinkWithin